24 April, 2012

saya minta maaf

Assalam..

Yes.., aku muncul! Yer.., aku menaip ni..! Aku tahu aku dah abaikan blog aku ni. Aku minta maaf okey.. =)
Walau sudah setahun lebih aku wujud.., tapi aku tak kerap menaip macam dulu lagi. huhuh... punyalah pemalas.. (i sekarang lebih pendiam dan pendam.. sebab tu i tak muncul dalam blog..) Alasan ni boleh terima tak..? =p

Dalam hidup ni ada pasang surutnya.., ada suka dukanya.., ada perubahannya.. Aku sedang ingin melalui suatu perubahan. Aku sedang berusaha.. Aku mencari yang terbaik dari yang terbaik. InsyaAllah.

Jangan marah hah.. Aku taip sikit jek.. Pastu takde cerita disebalik penulisan. =p

Wassalam..

22 February, 2012

wordless wednesday.........


Assalam..
PERCUTIAN & PERJUMPAAN.

 18/2/2012, 4.30am bertolak dari rumah. 6.30am sampai Kukup. 8.00am naik feri Kukup ke Tg. Balai Karimun. 9.00am sampai Karimun. 11.00am naik feri Tg. Balai Karimun ke Batam.

18/2/2012, 12.00pm sampai la kat Batam. Kali ni aku dan famili pergi ke Batam untuk jumpa la pula keluarga kat Batam. Makan seafood kat Barelang Seafood Restaurant.  Pak cik aku yang dok Batam yang belanja kami.. dan jalan-jalan.

 Cek-in dulu kat hotel ni yang ditaja juga oleh Pak cik aku tu.. Terima kasih..

 Lepas Magrib kami pon diajak makan malam disini dulu... makan bersila.. tapi takde gamba makanan.. dah makan, window shopping kat Nagoya Hill. pastu tidur.


19/2/2012, 10.00am bertolah ke rumah Pak cik aku tu.. rehat kejap. Dalam jam 12.00pm kot bertolak untuk pergi ke Tg. Balai Kerimun.

Sampai je feri, terus cek-in hotel.. kali ni kat Karimun, takde penaja. :P semua tanggung sendiri.! 

rehat-rehatkan badan kejap.. lepas tu shopping.. wuhu.. nak pergi shopping jalan kaki je la.. lagipon dekat sangat dan hanya bawak diri dan duit. lepas habis shopping, tangan semua dibebani dengan barang-barang yang beratnye berkilo-kilo. apa lagi.. balik naik oplet atau kat Jakarta dorang panggil angkut.
Pertama kali naik.. best jugak la.. baru terasa jadi orang Indon.. haha... 6 orang = 20.000 Rupiah.

Malamnya kami pergi ke rumah saudara aku yang ada kat Karimun ni.. 

Esoknya.. ada kenduri.. ini la sebabnya kami ke Indon.. ada jemputan kawin. dan ini pelamin dorang.. dorang akan duduk kat situ dari mula sampai habis orang yang datang. penat kot.. tengah panas pula tu.. 

seronok sangat-sangat dapat pi jalan-jalan makan angin.. tengok laut... nak pegi lagi... 
Wassalam

03 February, 2012

kekeliruan ke..?

Assalam...

Dari semalam aku berfikir tentang sesuatu. Yang kadang kalanya membuat hati aku risau dengan keputusan yang bakal aku pilih nanti. Dan mungkin keputusan aku akan ada yang terluka..

Cehh... hahhaa.... macam nak pilih antara 2 lelaki je kan.. hehe... takdelah.. Cuma aku melalui sesuatu yang boleh dikatakan 'pilih aku atau dia', dan 'kau mahu yang mana?'

Aku tertanya.. Kenapa ramai orang, belajar bidang lain, keje bidang lain. Apa dorang salah pilih mata pelajaran dorang atau itu je yang ada depan mata.? Apa dorang salah pilih kerjaya atau itu je syarikat yang nak amik kita.?

Aku seperti mereka yang diatas suatu ketika dahulu. macam dah tua pula 'suatu ketika dahulu.. :p' Aku memilih memang tak mahu ada kaitan dengan apa yang aku belajar. boleh tak? salah tak ? biarlah ianya hanya jadi kerja 'suka-suka aku bila nak buat.' ;)

Tapi kadang-kala kita terpaksa kan..!? Melakukan kerja yang bukan kita suka tapi atas sebab tanggungjawab yang kita dah pilih untuk melakukannya.. Pasrah je la kan.. dah itu yang kau pilih.. hehehe...

Aku tak nak.. yup.. Aku tak nak.

Sekian.
Wassalam