25 November, 2010

masak lagi!

eh...!! saya menaip lagi...!!
(rajinnye dia...) 
kali ni saya nak berkongsi resepi..
resepi ni saya buat malam 1 hari sebelum Raya Aidil Adha.
tapi saya ubah sikit resepi En.Nasron tu.
sikit jek..

cara membuat Puding Telur Karemel / Puding Gula Hangus

Bahan- bahan:
  • telur 7 biji ( besar / kecik pon boleh)
  • susu isian pekat manis 1/2 tin
  • susu isian sejat ( susu cair ) 1 tin
  • garam 1 sudu kecil
  • tepung kastard 2 sudu besar
  • gula pasir 3 sudu
  • 1/2 cawan air
  • loyang bulat ukuran 20cm dan sesuai dengannya
  • 1 sudu kecil esen vanilla (1 penutup botol esen vanilla)



Cara membuatnya:

sediakan bahan-bahanya dulu. 
tuang gula ke dalam loyang.
panaskan gula tanpa air..!! sehingga kekuningan. jangan dikacau mengunakan sudu / garpu!!
pas da cair cam ni just gerak2kan / goyang2kan, ketepikan dan biarkan ia keras sendiri.
jadi macam ni.. ni da keras tau..
sebelum tu siapkanlah tempat pengukus dan panaskan sekali ye.
pastu barulah boleh buat bahan untuk pudingnya.
campurkan kesemua; telur, garam, tepung kastard, susu isian pekat manis, susu isian sejat (susu cair), air, dan esen vanilla kedalam blender.
kemudian kisar dalam 15 saat gitu la.
tuang ramuan yang diblender tadi menggunakan penapis ke dalam loyang yang ada gula yang mengeras tuh.
da penuh macam ni, barulah kita masukkan loyang ni ke dalam pengukus dan kukus selama 45 minit.
sesudah 45 minit. angkat loyang tu dari pengukus dan biarkan sekejap. kemudian telangkupkan loyang puding ke pinggan leper.
tadaa...!! sebelum nak makan tu.. sejukkan dulu. makan sejuk2 baru sedap..
da siap.. cam ni la jadilah.. sedap...

korang cuba la try buat..
kompem jadi..
selamat mencuba yek...!!

1 tak puas hati:

Nini Hartini said...

hah! resepi sama dgn resepi yg akak guna masa mula2 belajar buat puding caramel. akak buat ms tahun 2007. lama sgt dah. tu lah sekali. 2nd yg tak jadi tu. huhu..kek karamel. hampeh.

nnt akk akn cuba gabung jalin resepi ni dgn resepi dr lagenda mahsuri. thanks yana