08 December, 2010

som - som

hey... saya nak kongsi 1 resepi..
resepi yang bole hilangkan rasa lenguh2 badan..
iye ke??.. boleh caye ke??.. والله اعلم
ahahha... hm... nama resepi tu..
bubur som - som

bubur ni selalu dihidangkan masa selepas majlis2..
tak kisahlah majlis kawin ke, majlis berkhatan ke, majlis bertunang ke..
mesti ada punya.. bubur ni dipercayai boleh menghilangkan rasa lenguh2 badan selepas rewang. والله اعلم la.. tu semua kuasa tuhan kan..
so.. kongsi sikit cara - cara dan bahan - bahan serta gambanye sekali..
okeh tak??..





  1. 500 gm tepung beras
  2. 2 biji kelapa diambil santannya
  3. air panas secukupnya
  4. sedikit garam
  5. 1 ketul gula melaka (dimasak dengan air untuk dijadikan air gula. tambah gula pasir sekiranya kurang manis.)

tepung beras
santan
air gula melaka

campurkan tepung dan sedikit santan didalam bekas, kacau, kemudian masukan bancuhan tepung dan santan tadi kedalam blender.. mesen hingga sebati dan masukan kedalam kuali.. masak dengan api yang kecil. kemudian masukan sedikit garam..

selalu dikacau supaya bawahnya tak hangit.

kacau dan kacau sehingga jadi begini. masukan lebihan santan sedikit demi sedikit hingga habis la santan tu..
kacau dan kacau kemudian masukan 2 cawan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga ia 'tanak'

sampai la begini jadi nya.. kalau rasa-rasa macam keras atau pejal sangat., korang tambah la air atau santan okeh.. lebih kurang 15 - 20 minit jugala nak 'tanak'..
eh tetiba ada daun pandan pula ek gambar yang terahir tu. hahah... sebenarnya kene masukan dau pandan ye masa tepung dan santan itu dimasak. tapi disebabkan lupa dan teringat saat akhir, dimasukan la juga.

masukan kedalam bekas sepeti macam ni.

begini la..

yang ni saki baki dalam kuali, saya korek2 sebab nak jamah.. so da jadila ni ye korang2. gula tu sebelum dituangkan ke buburnya, perlula ditapis ye. sebab biasanya kat gula melaka @ gula merah ni banyak 'penghuninya' kan. so tapis la dulu.. ada 2 cara nak makan.. 
  1. simpan gula dan bubur berasingan didalam peti ais. kalau nak makan baru ditapis air gulanya dulu baru dituangkan di atas bubur, baru makan.
  2. tuang air tapisan gula di atas bubur dan simpan didalam peti ais. kalau nak makan amik je terus.
selamat mencuba ye korang.

والله اعلم & إن شاء الله

0 tak puas hati: