11 February, 2011

Karimun best...!


MAAF. ENTRY INI MEMPUNYAI GAMBAR YANG TAK BERAPA NAK CANTIK. sebab kemera rosak ooo... geram sangat.. terpaksa pakai handphone yang tak berapa nak canggih ni..
 kali ni Yana pergi bercuti luar negara pulak.. hehhe.. pergi Karimun, Indonesia. best sangat.. okeh.. pertama kali jejak kaki kat tempat orang kan.. mesti la best.. lagi2 bila kita ni suka dengan sinetron2 Indonesia ni.. tapi.. Karimun ni tak macam orang jawa yang bahasanya tak paham sangat tu.. Karimun ni kira orang Melayu juga la.. bahasa mereka lebih kurang dengan bahasa kita. betul tak tipu tau.. pastu Karimun ni, tempatnye kecik je.. dalam 1 hari kita boleh mengelilingi Pulau Karimun tu. tak percaya..? percaya lah okeh.. tapi tu pon kalau korang tak singgah-menyinggah la.. ahahhha... dan 1 lagi, Karimun punya jalan raya sangat kecik. macam kita punya jalan raya kat kampung.. dan Karimun ni tak semaju macam kat Bandung ke Jakarta ke..

nak datang sini kene naik feri jek.. takde lapangan terbang pon.. kalau ada pon untuk yang persendirian punya kot.

okeh.. disini Yana dan keluarga yang datang ke Karimun ni menginap. hotel yang ditanggung 100% biayanya.. hehheh... hotel ni dekat sangat dengan Jeti. dekat yang amat. bersebelah je..

pertama sekali mesti kene beli nombor telepon ye.. senang nak calling2.. hehhe.. harganya 20000rp dalamnye pula ada 5000rp.. nombor ni bukan Yana guna okeh.. mak yang guna.. untuk calling orang di Malaysia.. mesti kene beli nombor Indonesia ni.. Yana yang tak tahu apa-apa ni.. angkatlah call dari kawan, sekali tengok baki, dia tolak rm2.50 yang tak sampai seminit. mahal yang amat. kalau tau camni jadinya, Yana off je handphone tau.. huhuhuh...

ni tempat apa? ni tempat mereka yang diundang untuk menyanyikan lagu. kira macam pentas syok sendiri la.. ahhaha.. Yana datang ke Karimun ni ada majlis kawin. masa ni belum ada apa-apa lagi.. sebab masa ni 9 Feb 2011,hari menikah. ni kat tempat lelaki ye. kat Karimun ni, lelaki yang datang kat tempat perempuan. tapi perempuannya tak datang kat tempat lelaki. (dengar macam tu la..)

okeh abaikan sapa yang ada kat dalam gambar ni. ni mungkin pelamin mereka. kat tempat perempuan. Yana tak masuk kedalam.. panas dan agak sempit sikit. duduk kat luar je la.. memang lama mereka ni nak menikah. sebab orang tuanya berbalas pantun. masing2 da syok balas-membalas.. dekat 1 jam jugalah dorang tu membalas pantun.

BATU PAHAT - KUALA LUMPUR.
hahhha.. samakan.. hehe... okeh.. yang 12.15 tu apa ek..? saya pon lupa.. rasanya bulan 12 tahun 2015 kot tamatnya rotex dorang... entah ek.. saya lupa la.. mak cik saya ada bagitau tapi saya lupa.. huhuh..

ha..  tu van kilang yek.. ahahha.. tipu jek.. itulah Angkut namanya. tapi Angkut tu dipanggil kat Jakarta ye. so kat Karimun ni dipanggil Oplet. 3000rp sahaja. ke mana korang nak pergi. sepanjang laluan yang Oplet ni lalu. ala.. kalau korang peminat setia sinetron Indonesia mesti tau sikit2 kan.. hehhe.. Yana tak naik Oplet ni ni.. sebab Yana ada Supir yang dibiayai oleh saudara yang ada kat Karimun ni. naik Avanva lagi.. hehhe.. jakun. yang motor banyak2 tu, Tukang Ojek. tak tau pula harganya berapa.. hehheh...

ha.. macam ni la rupanya.. pintu yang sentiasa dibuka.. kalau tengok dari dekat macam kereta Rusa tau. kadang2 ada Oplet yang dalamnya ada speker besar.. naik Oplet sambil dengar lagu.. boleh pekak telinga. dan Oplet ni ada hak kat jalan raya. haknya Oplet boleh berhenti secara mengejut  sebab nak turunkan penumpang. hehheh.. pastu suka buat bising. asik bunyi hon je.. pin-pin.. sebab nak tarik pelanggan kan..

kat Karimun pon ada Beca tau. tapi tak tau pula harganya.. ehhehe...

ni Bas sekolah.. yang mungkin 75% diperbuat dari kayu.. ha.. unik kan..

ni pula tempe kering. kalau goreng dia kembang kata penjualnye..

limau bali. 31000rp.. korang kiralah berapa Rm..

ni kerang yang besar.. memang besar.. memang puas makan. 1kg 12000rp.. kalau da besar, 1kg tu dapat berapa bijik je.. ahahha...

ni cara tempe dorang. bungkus pakai daun pisang... yang paling pendek tu da dipotong. jadi kalau yang panjang 24000rp.. kira sendiri eh.. ahahhha...

telekung.. tengok jenis kain dan sulam dia jugak la.. ada yang mak saya beli 1 telekung 100000rp = rm35 gitulah...

rambang tau mata tengok bende2 ni semua.. sampai Yana tak terbeli.. mak Yana je yang beli.. ahhaha... ha tudung tu harganya dalam 65000rp ke atas la.. tengok peten. yang jenis baju bersulam yang belum dijahit punya harganya 250000rp.

jadi meh la kita ke Karimun.. harga yang sangat murah.. hehhe.. ada 1 lagi.. kalau kat Karimun ni.. baju2 yang dijual 1 saiz 1 kaler. sebab kata penjual tu, orang Karimun ni tak suka sama-sama.

meh la bercuti ke Karimun.. 


2 tak puas hati: