29 March, 2011

Tanda-tanda Dunia di Penghujung Nyawa..

     selamat pagi... semalam puas sikit dapat tengok TC a.k.a Trilogi Cinta.. dapat tengok Badrul.. haha.... korang tengok tak..? aiseh.. rugi la cam ni.. hehe...

Jom kita ambik tahu apakah yang dikatakan tanda-tanda dunia di penghujung nyawa. 

 Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:


'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis. '  
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...  
 
     
2)  Zina bermaharajalela. 

'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka
inilah kiamat akan  datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg...  
 

3)  Bermaharajalela alat muzik. 

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik... 
     

   
4) Menghias masjid &  membanggakannya. 

'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah... 



5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &  
 
hubungan  dengan tetangga tidak baik. 

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu...... 



    
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia. 

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang² yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya  kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...  
   

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel Sharon & kat  Malaysia pun ada....  
 


8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja. 

'Sesungguhnya di antara tanda² telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'- Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama Islam  pon tak bertegur sapa... 
     

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang. 

Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara tanda² telah
hampir hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila  mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  
 


10)  Bulan sabit kelihatan besar. 

'Di antara tanda² telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan  sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...  
 


11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  
 
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong²  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......  
 


12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  
 
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes  peperangan Iraq ...  
   

13)  Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.  
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'-  Sahih Muslim

~ Dubai
 dah turun  salji... Mina dah kene banjir... 



TOLONG  INGATKAN PADA  SAHABAT² LAIN!  
 

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
   'Sampaikanlah pesanku biarpun 1  ayat...'



terima kasih pada ramziahmangsor.blogspot.com sudi bagi Yana share bende ni juga... sharing is caring.. hehe... ingat... umur kita makin pendek.. begitu juga bumi kita ni... dunia kita..

11 tak puas hati:

cik ubi said...

aku penah baca ni..kire ulangkaji la ni..:)

mykhalis said...

suka sangat post ni.. adakala baca sekali tak masuk..2 kali lekat sikit,3 kali lekat la jugak.. mau kene baca 10 kali baru terlekat di sanubari..

. baby bear . said...

nak copy nie boleh tak??nak post kat my profile,,hehe

saya YANA said...

@. baby bear .
boleh je... Yana pon copy n share.. hehe..

♥NiniHartini♥ said...

contoh2 byk dh jadi kt negara kita sndiri...

udin said...

smoga amik iktibar dgn peristiwa yg dah berlaku & bermunasabah diri masing2.. tu baru tanda2 kecil.. thanks 4 sharing.. :)

Ramziah Mangsor said...

eh, cepatnya copy..

tak pe, ambillah.. sharing is caring.. :-)

qaseh johanna said...

nak copy..

saya YANA said...

@qaseh johanna
bole3...

saya YANA said...

@Ramziah Mangsor
seharian kot nak tunggu pengesahan.. haha. tu Yana publish teros je..

farhan said...

info akhir zaman