10 May, 2011

takdir..

kisah sedih manusia yang kita tak paham.. mungkin tak matang kisah ni.. tapi Yana ingin menyelami.. dan korang bagi pendapat.. boleh..? hahaha... (macam orang nak baca je....)


dia tak punya 'rupa'.. dia tak pandai.. pokoknya dia tak punya apa-apa kecuali hati dan perasaan yang sama macam manusia lain.. sama seperti orang lain.. dia inginkan kebahagian..


ada cinta yang ingin menyapa.. tapi tidak disahut.. kerana dia merasakan cinta sidia tidak layak untuk dia.. dia merasakan sidia boleh dapat yang lebih baik dari dia.. kebahagiaannya diketepikan dulu.. dia mahu melihat orang lain bahagia..


dia ingin mencapai cita-cita untuk maju.. tapi pengalaman lalu membuatkan cita-citanya dibiarkan layu ditasik madu.. ramai yang memberi semangat.. dan ramai juga yang membiarkannya terkulai layu.. dia tiada kekuatan dan keberanian untuk melawan kata-kata yang 'bijak' itu hinggakan dia masih disitu..


kekuatan, keberanian, kepintaran, keyakinan dan keredhoan antara yang diminta dalam doa-doa hariannya.. berdoa dan berdoa dan berdoa supaya apa yang dimintanya itu dimakbulkan.. ingin berusaha.. ingin berdaya.. ingin berjaya.. ingin berubah.. harap dan berharap..


dia sedar.. dia celik.. dia waras.. dia tahu.. ada yang nasibnya lebih 'teruk' dari apa yang di alaminya..

kita bukan la sempurna untuk menilai seseorang itu baik dan buruk untuk dibandingkan dengan kita..

p/s : Yana rasa.. dia kurang bersyukur kot.. hahaha... pendapat korang??

7 tak puas hati:

qaseh johanna said...

amboi..makin pandai jiwang2 skng ni ye..


psst..dh lme xjiwang2 sbb dah kawen..!!hihi

Nini Hartini said...

dia tidak yakin dgn dirinya sendiri...

mykhalis said...

dia masih mencari kesempurnaan..

saya YANA said...

@qaseh johanna kak... bukan da kawin makin jiwang ke... hehe..

saya YANA said...

@Nini Hartini betol..

saya YANA said...

@mykhalis tapi mana ada manusia sempurna kan Khalis.....

budak kampung said...

muke ku banyak kawah ...muke ku gelap...tapi aku rileks je...sebab tuhan tu adil....:-)