28 December, 2011

jalan-jalan di singapore

Assalam..

ahad lepas adalah hari Krismas.. hoho... aku sambutnya di Singapore.. ini la yang aku cakap kat akak aku.. aku nak sambut Krismas kat Singapore.. apa lagi.. membebel.. malangnya tu semua adalah tipu.. hahaha.... aku pergi sana sebab ada saudara kahwin di sana.. ni la time dapat pergi ke luar negara kan..

aku tak amik gambar pon kat tempat pengantin.. ~sorry no pitcure.~ tapi hidangannya ala hotel gitu.. lain sikit hidangannya dari kita punya style.. mungkin Batu Pahat je tak ubah kot.. still nasi minyak yang kaw-kaw punya kan.. dengan kambingnya, ayam masak merahnya.. fuhh...

kami (aku, mak dan kawan mak. adik mak aku sekeluarga) bertolak dari rumah aku jam 8 pagi. dengan menyewa van persiaran untuk 8 orang, RM70 satu kepala. tapi dibaginya van yang untuk 14 orang.. fuuhhh selesa betol aku cakap..
macam ni..
tiba disana lebih kurang jam 12 p.m kot.. kami pon jumpa saudara lain juga yang datang dari area Johor, yang menaiki kenderaan masing-masing.. sampai sana adik bongsu perempuan, adik ke dua perempuan dan mak aku. (3 orang perempuan dalam adik beradik mak aku,5 lagi lelaki.) berbincang, dan selepas makan, tunggu pengantin lelaki sampai, bla bla bla.. kami pon pergi jelajah Singapore. oyeh...!

tapi malang sangat.. aku tak amik banyak gambar.. aku geram dengan kemera aku yang abang aku kasi... sebab baterinya tak tahan... argh..!! aku marah.. orang lain syok snap sana, snap situ, dan aku terpaksa tutup kamera aku kejap.. bagi baterinya 'sejuk'..  =. ="... bila nak amik gambar, dah gerak ke side lain pula... banyak gambar kat kamera sepupu aku.. bila-bila aku minta la..

ni je kot gambar yang aku boleh tunjuk.. tak banyak gambar.
aku macam tak percaya bila sampai sana, toilet dorang takde paip.. macam kat dalam jamban tu.. yang ada cuma mangkuk tandas. WTH..!! kan... nasib baik ada gayung kecik, tadah la air tu kat sinki.. aku rasa memang tak cukup. bukan rasa dah. memang tak cukup pon.. mungkin tak semua kot tandas macam tu..

aku tak tukar duit Singapore dollar pon... korang percaya tak..? kenapa? sebab mak aku tak kasi.. hoho.. kesian aku.. kat sana aku just tengok. tengok. dan tengok. yang membeli semuanya mak, kawan mak aku, mak cik-mak cik aku. sepupu-sepupu yang macam aku, tengok je la..  cuci mata.

nak beli pon kene kira dulu.. berapa harga dalam RM kan.. sebelum ni pergi Karimun, Indonesia boleh la boros.. sebab duit dorang kecik.. ni Singapore tu.. aku nak makan kat sana pon tengok harga paling murah.. tapi aku pilih tak la murah sangat. paling murah kentang goreng.. so aku pilih kuew tiaw hong kong 4 dollar lebih.. mungkin dalam rm10 lebih.. OMG..

aku tak reti nak cakap omputih ni.. tapi my uncle always talking to me like Phua Chu kang.. i love it.. campur melayu dan omputih.. haha..

bulan 2 pergi Kerimun, Indonesia lagi.. ada pengantin.. tapi aku tak tahu la pergi ke tak kan.. mana tau aku dah kerja....

Wassalam..

0 tak puas hati: