21 December, 2011

puding roti bakar ala cheese cake..

Assalam...
hmm.. nampak sedap kan.. dah lama aku nak buat puding roti bakar ni...  baru la arini berkesempatan.. kot.. huhuhu.. tapi yang ini bukan puding aku.. kalau puding yang ini.. korang boley try resepi nya kat sini. puding roti sos kastard.

tapi yang aku buat ni pon dari resepi yang kat atas tu juga.. cuma aku olah sikit.. sebab tak semua barang aku ada.. hehe..

bahan-bahannya :-
8 keping roti.
* 1 tin susu cair + 1 cawan susu soya (sebab takde susu segar) (dan nak jadikan ia 500 ml)
* 4 sudu besar gula halus
* 1/2 sudu teh garam
* 2 sudu besar butter yg da dicairkan
* 2 biji telur
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu besar horlick
tiada hiasan.. = ="

cara-caranya :-
potong 4 kesemua roti atau koyak-koyakkan saja dan masukkan ke dalam bekas/besen. loyang yang nak digunakan mesti di sapu sikit butter keliling. blend semua bahan yang bertanda (*). kemudian tapis bahan tadi ke dalam roti. biarkan berendam dalam 20-30 minit. tuang adunan roti ke dalam loyang dan bakar. 175 45 minit.

nampak pelik kan.. =, ="

yang bawahnya tu aku buat macam cheese cake.. tapi agak lemau. aku tak tau kenapa.. apa salah aku.. apa aku dah buat.. =. ="

bahan-bahanya :-
* 1 bungkus biskut oreo yg besar/panjang (buang cream)
* 20 keping biskut yg macam biskut marie.. tapi jenis yg timbang..yang kecik la.. biskut tu biasa ada cream juga.
* 2 1/2 sudu besar butter yang telah dicairkan.

cara-caranya :-
kisar atau tumbuk atau ramas2 je yg bertanda (*). kemudian gaulkan dengan butter. mampat-mampatkan kat dalam loyang.. bakar dalam 10-12 minit. dah siap bakar.. biarkan sekejap dalam 2-3 minit. baru tuang adunan roti tadi.

tapi sedap la juga base dia kan.. walau agak lemau. mungkin tak perlu dibakar kot.. entah.. aku pon baru nak cuba-cuba.

p/s - nasib aku tak buat cheese kek.. kalau tak jadi.. mak marah..!

Wassalam..

1 tak puas hati: